Tuesday, November 20, 2018

LOKASI PENGGAMBARAN




























AKTIVITI MINGGU KE 5

31/5/2018-5/6/2018


  • Diberi tugasan sebagai pembantu propmaster
  • Membuat tugasan propmaster bila shooting outdoor
  • Membantu dalam apa jua tugasan yang diberi
  • Selama seminggu diberi tugasan yang sama

KESIMPULAN

  • Dapat merasa bagaimana suasana bila shooting outdoor dan juga dapat mengenali orang sekeliling
  • Dapat melaksanankan tugasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab.





AKTIVITI MINGGU KE 8

24/7/2018-31/7/2018


  • Belajar cara melihat angle melalui monitor
  • Belajar melihat editing online di bilik suntingan 
  • Mengikut anugerah telenovela bersama pengarah dan juga krew 
  • Diberi peluang mengikut pengarah untuk ke Tv3 untuk pitching telemovie Selekoh Terakhir

KESIMPULAN

  • Dapat melihat angle atau shoot yang diambil dengan lebih jelas
  • Dapat melihat editing serta memahami tentang konsep dan juga software yang digunakan
  • Dapat mengikuti malam Anugerah Telenovela
1.Melihat editing dengan lebih jelas dan juga dapat mengetahui tentang konsep yang digunakan serta software yang digunakan



1.Gambar pada malam anugerah telenovela

SESI PENGGAMBARAN


1. Membuat penggambaraan di Ecohill Semenyih

                 
                                                         1.Penggambaran di Litar Sepang














PELAKON EXTRA


                         1.Dijadikan sebagai pelakon extra sebagai pelajar KUIS
                         2.Membuat penggambaran di KUIS bangi

LATAR BELAKANG SYARIKAT

PRODUSER

Pn Hajjah Bibi Hasnah 

PENGARAH

Mohd Heykal Bin Mohd Hanifah

PENOLONG PENGARAH

Mohd Azlan Bin Adzanan

EXECUTIVE PRODUCER

Suraya Elai

PRODUCTION MANAGER

Zalle Jelani

ASSISTANT PM 

Azlan Azmi






ART EPARTMENT



PROP MASTER

Yusmishahfizar

CONTY 

Maizatul Ain Mohai

WARDROBE

Siti Hajar

RUNNER 

Mohd Azrul

AKTIVITI MINGGUAN KE 18

22/10/2018-28/10/2018


  • Diberi tugasan dalam memegang jawatan sebagai pembantu pengurusan produksi
  • Diberi tugasan dalam handy(pengurusan makanan semasa di set)
  • Diberi tugasan untuk membuat surat untuk permohonan penggambaran

KESIMPULAN

  • Dapat belajar tentang cara untuk menguruskan semua benda semasa ketiadaan PM di set
  • Dapat belajar cara untuk membuat surat permohonan penggambaran dengan menggunakan konsep yang betul serta diberi tunjuk ajar




AKTIVITI MINGGU KE 17

16/10/2018-21/10/2018


  • Diberi tugasan sebagai Asisstant pm (pembantu pengurusan produksi)
  • Diberi tugasan dalam handy(pengurusan makanan)


KESIMPULAN 

  • Dapat belajar tentang tugasan pengurusan produksi dan dapat menjalankan dengan tanggaungjawab



AKTIVITI MINGGU KE 16

5/10/2018-15/10/2018


  • Melihat editing offline di bilik suntingan
  • pre pro Setelah Cinta Itu Pergi

KESIMPULAN

  • Dapat belajar tentang konsep editing dengan betul
  • Dapat melihat proses pre pro dengan betul




AKTIVITI MINGGU KE 15

30/9/2018-4/10/2018


  • Diberi tugasan sebagai pembantu wardrobe
  • Membantu dalam mengasingkan baju konti dengan baju yang lain

KESIMPULAN

  • Dapat belajar tentang tugasan wardrobe
  • Dapat belajar tentang cara menyimpan baju artis dengan tagging yang betul



AKTIVITI MINGGU KE 14

20/9/2018-28/9/2018


  • Diberi tugasan dalam memegang tugasan sebagai wardrobe
  • Diberi tugasan sebagai pembantu penolong pengarah bagi minggu pre pro telemovie Cinta Disertasi

KESIMPULAN 

  • Memahami tentang tugasan sebagai seorang warderobe
  • Mengetahui tentang pakaian-pakaian artis yang perlu dikontikan atau tidak
  • Membantu penolong pengarah dalam membuat breakdown untuk telemovie Cinta Disertasi



        
              1. Diberi tugasan sebagai wardrobe dalam telemovie "CINTA DISERTASI"

AKTIVITI MINGGU KE 13

13/9/2018-19/9/2019


  • Diberi tugasan sebagai pembantu Assistant Director (Penolong Pengarah)
  • Diberi tugasan sebagai Wardrobe

KESIMPULAN 

  • Dapat belajar cara membuat breakdown
  • Belajar sambil memahami bagaimana cara pengurusan sebagai seorang wardrobe
  • Dapat belajar bagaimana pentingnya tugasan seorang wardrobe



        
                          1.Ditugaskan untuk memegang jawatan sebagai wardrobe
  2.Perlu memilih pakaian yang sesuai untuk artis mengikut kesesuaian seperti yang diinginkan dalam skrip

AKTIVITI MINGGU KE 12

29/8/2018-3/9/2018


  • Diberi tugasan sebagai pembantu pengurusan produksi(handy)

KESIMPULAN

  • Dapat belajar tentang tugasan sebagai seorang pembantu pengurusan produksi
  • Membantu dalam menjaga set semasa ketiadaan Production manager(Pengurusan produksi)

 
                                                  1.Ditugaskan untuk sediakan makanan
                                          

AKTIVITI MINGGU KE 10

9/8/2018-13/8/2018


  • Diberi tugas sebagai pembantu Assistant Director(penolong pengarah)
  • Diberi tugas untuk membuat suntingan sarikata Rava Tosai
  • Melihat editing selekoh terakhir di bilik suntingan
  • pre-pro samarinda Setelah Cinta Itu Pergi

KESIMPULAN 

  • Membantu dalam menjalankan tugasan yang diberi
  • Dapat melihat cara suntingan dengan menggunakan konsep yang betul serta software yang digunakan
  • Dapat belajar tentang perbincangan sesuatu telemovie atau samarinda yang akan dijalankan


1.Membuat perbincangan sebelum bermulanya penggambaran "SETELAH CINTA ITU PERGI"
2.Masing-masing diberi tugasan 

Monday, November 19, 2018

AKTIVITI MINGGU KE 9

1/8/2018-8/8/2018


  • Membantu pengurusan produksi dalam mengeluarkan lokasi bagi telemovie baru yang ingin dihasilkan
  • Melihat editing di bilik suntingan
  • close akaun telemovie Taubatku

KESIMPULAN

  • Dapat memahami tentang tugasan sebagai seorang pengurusan produksi dan tugas sebelum bermulanya pengambaran
  • Dapat melihat editing serta software yang digunakan
  • Dapat belajar cara cara close akaun dengan betul

  
       1.Melihat editing di bilik suntingan
       2.Terdapat 2 orang editor iaitu abang selamat & abang john

AKTIVITI MINGGU KE 7

18/7/2018-23/7/2018


  • Diberi tugasan sebagai pengurusan produksi 
  • Masih lagi diberi tugasan yang sama dalam pengurusan produksi
  • Diberi tugasan untuk menampal bil

KESIMPULAN

  • Dapat belajar tentang tugasan pengurusan produksi serta tugas yang diberi
  • Memahami tentang tugasan yang diberi dan juga dapat menjalankan dengan penuh tanggungjawab

        
           1.Menampal bil mengikut bahagian yang telah diagihkan bagi senang untuk membuat kiraan

AKTIVITI MINGGU KE 6

9/7/2018-17/6/2018

  • Minggu Pre pro Telemovie Rava tosai
  • Mengambil barang handy di Quiara One sebelum bermulanya pengambaran
  • Diberi tugasan sebagai pembantu handy dan dalam masa yang sama juga saya membantu dalam pengurusan produksi


KESIMPULAN

  • Dapat mempelajari serta membuat master breakdown 
  • Dapat belajar cara untu berurusan dengan produksi lain
  • Dapat belajar bagaimana untuk mengurusan kerja kerja handy serta pengurusan produksi



1.Mengambil barang-barang handy di Quiara One sebelum bermulanya penggambaran


1.Proses membuat Master Breakdown sebelum bermulanya penggambaran 


1.Proses perbincangan sebelum bermulanya penggambaran telemovie"RAVA TOSAI"

AKTIVITI MINGGU KE 3

23/4/2018-31/4/2018


  • Masih lagi diberi tugasan yang sama sebagai pembantu propmaster
  • Mmbantu dalam mengangkat barang-barang teknikal
  • Membuat pengambaran di Tadom Hill yang bertajuk "CINTA FATAMORGANA"
  • Lakonan mantap oleh syazuwan hassan,Aeril Zafrel,Aza azmi

KESIMPULAN

  • Dapat belajar tentang tugasan sebagai seorang propmaster
  • Dapat mengenali tentang barang equipment serta fungsinya

                                                    
        1. Syazuwan Hassan(Huzair) yang memegang watak  sepupu kepada Aza Azmi (wildad) dalam cerita ini
                                                 

2.Azar Azmi(Wildad) yang memegang watak sebagai seorang isteri kepada Aeril Zafrel(Rifqi)


3.Aeril Zafril(Rifqi) yang memegang watak sebagai seorang suami kepada wildad.

AKTIVITI MINGGU KE 2

14/4/2018-20/4/2018


  • Melihat barang-barang equipment serta fungsinya
  • Mengikut propmaster dalam menjalankan tugas yang diperlukan
  • Membantu krew teknikal dalam mengangkat barang-barang equipment
  • Membantu propmaster dalam menyediakan barang yang diperlukan atau mengubahsuai sesuatu barang
  • Belajar melihat monitor untuk melihat angle-angle dengan lebih jelas
  • Membantu propmaster dalam menjalankan tugasan


KESIMPULAN

  • Dapat memahami setiap barang equipment sambil belajar cara penggunaannya
  • Sepanjang mengikut propmaster dapat mengetahui dengan lebih dalam lagi tenyang tugasan seorang propmaster
  • Dapat mengetahui cara penggunaan equipment serta fungsinya
  • Dapat belajar angle-angle yang diambil dengan lebih jelas



AKTIVITI MINGGU KE 20

4/11/2018-15/11/2018


  • Diberi tugasan sebagai pembantu dalam pengurusan produksi
  • Diberi tugas untuk membuat surat permohonan shooting(penggambaran)di penjara

KESIMPULAN 

  • Dapat menjalankan tugasan dengan baik
  • Dapat belajar cara pengurusan dengan betul
  • Dapat menimba ilmu yang sangat meluas
  • Dapat digunapakai di industri yang akan datang
  • Dapat belajar cara-cara untuk membuat surat 

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI




                                                                                                



LUQSAR KREATIF SDN BHD
NO, 3A-3 IMPIAN MAHKOTA 1
SAUJANA IMPIAN 43000 KAJANG SELANOR


DISEDIAKAN OLEH :


NOR SYAHIRAH BT P RAMLEE

18DDV15F2005

JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL

DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO & FILEM

TEMPOH PRAKTIKAL :

02 JULAI 2018 - 16 NOVEMBER 2018

PROFILE SYARIKAT









                                                               NAMA PRODUKSI

LUQSAR KREATIF SDN BHD
NO, 3A-3 JLN IMPIAN MAHKOTA 1
SAUJANA IMPIAN 43000 KAJANG SELANGOR

 NAMA PENGARAH

MOHD HEYKAL BIN MOHD HANIFAH

JUMLAH STAF

15 ORANG

INSTAGRAM

HEYKAL HANIFAH

NO TELEFON

019-2168841

KOMEN DAN CADANGAN

Setelah menjalani latihan industri selama 20 minggu, terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang ditempatkan di Unit ICT. Seperti biasa setiap perkara yang berlaku ada buruk dan ada baiknya, begitu juga dengan latihan industri ini.

Latihan industri ini amat baik untuk para pelajar kerana ianya lebih banyak memberi manfaat berbanding keburukkannya.  Dengan adanya latihan ini, saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar.  Selain itu saya dapat belajar cara bercampur dengan golongan yang berbeza dan ini meningkatkan keyakinan saya dalam berkomunikasi serta menjadikan saya lebih matang apabila dapat berkongsi pendapat, nasihat dan sebagainya semasa bergaul.

Saya juga dapat mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari secara teori di politeknik kepada amali di sini.  Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pemahaman saya dalam teori yang tidak dapat difahami sepenuhnya yang berkaitan dengan rangkaian komputer  khususnya.

Latihan industri ini juga membuka peluang kepada saya untuk berhubung terus dengan pihak pengurusan syarikat dan seterusnya dapat membuka jalan kepada saya untuk menjadi salah seorang daripada kakitangan syarikat ini apabila tamat pengajian.  Hal ini memudahkan saya untuk mencari pekerjaan apabila tamat pengajian nanti.  InsyaALLAH.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan pihak pengurusan politeknik menambah lebih banyak lagi jam kredit untuk menjalankan amali di dalam modul bagi setiap semester.  Ini adalah kerana saya dapati bahawa apa yang dipelajari secara amali lebih mudah berbanding teori.  Hal ini secara tidak langsung juga dapat membantu pemahaman teori pelajar.  Ini kerana saya menjalani latihan industri barulah saya dapat rasa betapa kerdilnya dan sikitnya pengetahuan saya selama ini.

Selain itu juga, jika dilihatkan masa sekarang sesebuah syarikat lebih memandang tinggi seseorang yang mempunyai pengalaman jika dibandingkan dengan seseorang yang mempunyai pelajaran tanpa pengalaman ataupun seseorang yang mempunyai mata gred peperiksaan yang tinggi.  Dengan ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa pendidikan secara amali adalah merupakan sesuatu yang sama penting dengan pendidikan secara teori dan ianya boleh menjadi batu loncatan untuk para pelajar pergi jauh lagi kerana latihan industri adalah satu lonjakan paradigma kepada perkembangan minda.


Saranan dan Cadangan untuk Pihak Syarikat


1. Pihak syarikat perlulah menambahkan lagi bilangan pekerja yang ramai untuk setiap kumpulan kerja.

2. Pihak syarikat seharusnya menggantikan peralatan lama yang sering rosak dengan peralatan yang baru.

3. Pekerja-pekerja seharusnya memberikan tunjuk ajar dan kerjasama yang baik ketika bekerja bersama-sama dengan pelatih.

4. Membuat kajian terhadap kemampuan suasana tempat kerja samada ia mampu memberi kesinambungan pelatih dan pekerja tetap.

5.  Pekerja yang diambil mempunyai kelayakan yang sesuai dengan bidang yang diceburi.

6. Pihak syarikat perlu bertanggungjawab terhadap pelatih sekiranya pelatih dalam keadaan pekerjaan yang rumit perlu di bantu.

7.  Pihak syarikat perlulah mengizinkan pelatih membuat kerja dengan seorang juruteknik untuk bantuan pertolongan dalam pekerjaan.


Saranan dan Cadangan untuk Pihak Politeknik

1. Pihak Politeknik dengan pihak syarikat perlu menjalankan kerjasama yang baik dan  sentiasa berganding bahu dalam menjayakan latihan industri yang dibuat.

2. Program latihan industri ini perlu diteruskan lagi kerana ia bukan sahaja banyak memberi faedah kepada siswa dan siswi malah juga kepada pembangunan Negara dari segi penyedian tenaga pekerja mahir.

3. Para pelatih sepatutnya diberi sedikit penerangan atau gambaran mengenai kerja-kerja yang bakal dilakukan dan dijalani mengikut bidang masing-masing.

4. Pihak Politeknik perlu mengadakan perjumpaan khas antara siswa siswi senior yang telah menjalani latihan industri bagi memberi penerangan.

5. Pihak Politeknik perlu mengubah Program Latihan Industri dari Semester empat ke Semester akhir supaya pelatih mudah mendapat kerja pada masa akan datang selepas tamat Latihan Industri.

6. Pihak Politeknik perlu mengambil tahu terhadap pelatih yang mengalami kesulitan di tempat Program Latihan Industri.

7. Pihak Politeknik perlu memberi cadangan dan masa yang panjang untuk menyediakan tempat Latihan Industri bagi pelatih mengikut tempat tinggal pelajar masing – masing.

KESIMPULAN

Selama satu semester menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar sekarang.  Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari.  Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa - apa kesan.  Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah - ubah.

Sepanjang saya menjalani latihan industri, terdapat banyak perubahan daripada sudut pembelajaran, persekitaran dan pergaulan sesama rakan sekerja.  Ia secara langsung dapat meningkatkan dedikasi dan bersikap rasional terhadap diri saya sendiri.

Walaubagaimanapun masih wujud beberapa kelemahan yang dapat diperbaiki pada masa hadapan.  Oleh itu dapat saya simpulkan bahawa program latihan industri banyak memberi manfaat kepada para pelajar walaupun terdapat kelemahan kecil yang sedikit sebanyak mencacatkan keadaan, supaya kelemahan ini dapat di perbaiki pada masa hadapan.

Kesimpulan yang saya dapat melalui latihan industri ini ialah saya menerima banyak pendedahan dalam dunia perkomputeran ini.  Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada juga pihak Politeknik Mersing Johor yang memberi peluang kepada pelajar - pelajarnya mencari pengalaman sendiri dengan mengadakan Latihan Industri.

AKTIVITI MINGGU KE 19

29/10/2018-3/11/2018


  • Masih lagi diberi jawatan yang sama pada minggu ini iaitu pembantu dalam pengurusan produksi

KESIMPULAN

  • Dapat menjalankan tugasan dengan baik
  • Dapat belajar cara cara pengurusan dengan betul

MINGGU KE 11 CUTI

AKTIVITI MINGGU KE 4

1/5/2018-7/5/2018


  • Diberi tugasan dalam membantu propmaster
  • Masih diberi tugasan yang sama dalam membantu propmaster
  • Membantu dalam mengubahsuai atau menyediakan barang yang diperlukan

KESIMPULAN

  • Dapat mempelajari tugasan sebagai seorang propmaster
  • Dapat menjalankan tugasan dengan penuh tanggungjawab

AKTIVITI MINGGU 1

7/4/2018 - 13/4/2018


  • Lapor diri di syarikat Luqsar Kreatif sebagai seorang pelajar praktikal
  • Diberi tugasan dalam memegang jawatan sebagai pembantu propmaster
  • Masih lagi dalam tugasan yang sama iaitu sebagai pembantu propmaster
  • Diberi tugasan dalam membantu pengurus produksi
  • Diberi peluang pergi ke RTM bersama pengarah 


KESIMPULAN
  • Dapat mengenali diri maing-masing dan mengetahui serba sedikit jawatan krew-krew yang ada
  • Dapat memahami tentang tugasan propmaster dan cara-cara susun atur barang 
  • Dapat belajar dan memahami cara-cara untuk menampal bil mengikut bahagian yang telah ditetapkan dan juga dapatt belajar tentang tugasan seorang pengurus produksi

OBJEKTIF

              OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
 
Adanya latihan industri di politeknik seluruh Malaysia maka pelajar-pelajar kursus diploma dapat menjalani latihan industri di tempat yang telah dipilih oleh mereka berkaitan dengan jurusan.Oleh itu, objektif latihan industri ini adalah mahu memberi kesan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin serta mahu melihat sejauh mana seseorang pelajar itu mengaplikasikan perkara-perkara yang telah dipelajari di dalam tugas yang diberikan.Secara amnya, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti berikut.
           
   i. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar.
Jika berada dalam situasi alam pekerjaan yang sebenar, ianya adalah jauh berbeza dengan keadaan dunia pembelajaran kerana pelajar hanya terlibat bersama rakan sekelas dan pensyarah-pensyarah sahaja tanpa melibatkan kerjasama dengan orang luar. Oleh itu,para pelajar juga mungkin sebahagian sahaja yang dapat dipraktikkan di alam pekerjaan.
Dalam menghadapi perubahan situasi, para pelajar perlulah mempelajari bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan pekerjaan, ketepatan masa untuk menghadirikan diri di tempat kerja setiap hari, kebolehan komunikasi dengan baik di antara kakitangan, cara mendisiplinkan diri dan juga cara menghadapi pelbagai masalah yang timbul di tempat kerja seperti masalah berhadapan dengan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan syarikat.
 
ii. Mengaitkan teori, teknikal dan kemahiran dengan aspek-aspek praktikal di tempat latihan industri.
Apabila pelajar berada di alam pekerjaan seperti menjalani latihan industri ini, maka segala pengetahuan teknikal, kemahiran dan pengalaman dapat diperluaskan serta dapat menambah ilmu yang sedia ada dalam diri pelajar. Di politeknik, para pelajar telah diajar lebih banyak kepada ilmu teori yang boleh dihubungkaitkan dengan dunia pekerjaan apabila tamat pengajian.
Justeru itu, objektif latihan ini diwujudkan adalah bagi melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja yang berkualiti tinggi dan mampu melakukan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Selain itu, pengetahuan teknikal dan kemahiran juga dapat membantu seseorang dalam meningkatkan produktif kerja serta dapat mempelajari cara menguruskan dan mengendalikan sesuatu kerja dengan lebih baik.

iii. Menimba pengalaman
Pengalaman memainkan peranan yang sangat penting dalam mencari pekerjaan sebenar kerana pada alat ini ramai siswazah yang menganggur disebabkan tiada pengalam bekerja. Oleh itu, dengan wujudnya latihan industri ini, serba sedikit dapat membantu dan mempunyai peluang yang cerah untuk memperolehi pekerjaan.Selain itu, ianya dapat memberi seseorang persediaan yang rapi dalam menempuh alam pekerjaan yang sebenar.
Namun begitu, pengalaman bukan sahaja meliputi tugas-tugas yang dilakukan tetapi sebelum menjalani latihan industri lagi seperti proses-proses mencari maklumat mengenai sesuatu organisasi yang bersesuaian, membuat permohonan tempat, mencari bidang tugas yang berkaitan dengan pengajian yang di ambil dan banyak lagi di mana kesemua proses tersebut telah mendatangkan pelbagai pengalaman. Di mana prosedur tersebut dipelajari di politeknik untuk memberi pendedahan kepada pelajar supaya mengetahui bagaimana  bermula dan berakhirnya proses mencari pekerjaan sama seperti menjalani latihan industri. 
iv. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dan disiplin di dalam latihan industri.
Para pelajar yang menjalani latihan industri akan terikat dengan pelbagai syarat atau peraturan-peraturan keselamatan di sektor swasta mahupun sektor kerajaan yang ditawarkan menjadi pilihan pelajar sendiri. Apabila pelajar menjalani latihan di tempat tertentu secara langsung pelajar terikat dengan segala peraturan yang telah di tetapkan oleh sesebuah organisasi dan menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengikut dan mematuhi segala yang telah ditetapkan.Begitu juga dengan peraturan keselamatan mestilah di patuhi bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini terjadi di mana ianya boleh menjejaskan reputasi organisasi. Contohnya pelajar didapati telah mendedahkan maklumat sulit mengenai kedudukan sebenar organisasi kepada pihak luar yang boleh menjejaskan imej sesebuah organisasi.
Oleh yang demikian, pelajar perlu mengikut dan mengingati semua peraturan semasa menjalani latihan industri supaya tidak mengakibatkan imej dan kedudukan organisasi yang ditempatkan tergugat hanya kerana kelalaian dan kecuaian pelajar sendiri. Selain itu, ianya juga boleh menjejaskan hubungan baik pihak organisasi dengan pihak politeknik sendiri.
v. Menilai kebolehan diri.
Apabila pelajar menjalani latihan industri ini secara langsung ianya dapat   membantu pelajar dalam membuat penilaian terhadap kebolehan diri sendiri sama ada mampu menjalankan tugas-tugas yang diberikan tanpa menimbulkan masalah serta kebolehan dalam menyelesaikan masalah itu tanpa mendapatkan bantuan kakitangan lain.
Oleh itu, pelajar dapat mengetahui sejauh mana komitmen dan kemajuan yang mampu ditunjukkan terhadap hasil atau mutu kerja yang dilaksanakan kepada majikan khasnya serta kakitangan yang lain amnya bahawa mereka mempunyai kebolehan menerima dan melaksanakan arahan oleh pihak yang memberikan tunjuk ajar serta panduan kepada mereka.
vi. Amanah dan tanggungjawab.
Apabila proses menjalani latihan industri bermula, maka secara tidak langsung pelajar tersebut telah memikul tanggungjawab dan amanah yang berat dalam apa jua tugas yang diberikan kepada mereka. Segala amanah dan tanggungjawab tersebut perlulah dilaksanakan dengan baik.Sekiranya tugas yang diberikan perlu diselesaikan pada masa yang telah ditetapkan dan dikehendaki segera, pelajar perlu melaksanakannya dengan penuh amanah dan menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.
Objektif latihan ini dari segi amanah dan tanggungjawab memainkan peranan penting untuk melancarkan perjalanan sesebuah organisasi tersebut kerana jika tiada rasa amanah boleh menyebabkan penyelewengan berlaku sama ada dari segi wang syarikat atau maklumat sulit organisasi. Begitu juga dengan tanggungjawab pelajar, jika tiada sikap tersebut boleh menyebabkan seseorang mengambil kesempatan untuk melakukan tugasan sambil lewa dan mengambil sikap tidak acu terhadap masalah yang berlaku.
vii. Keyakinan berkomunikasi.
Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran di politeknik, para pelajar hanya akan berkomunikasi dengan rakan-rakan, pensyarah-pensyarah dan kakitangan yang ada hubungkait dengan politeknik sahaja tanpa melibatkan faktor persekitaran luaran. Namun begitu, apabila menjalani latihan ini secara tidak langsung mereka terdedah dengan situasi sosial yang berbeza iaitu kebolehan berkomunikasi amat dititikberatkan kerana berkomunikasi adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan baik di antara kakitangan organisasi. 
Selain itu, kebolehan berkomunikasi bukan sahaja perbualan harian tetapi melibatkan keyakinan orang lain dalam melihat cara kita berkomunikasi dengan baik contohnya pandangan mata apabila bertutur, pengetahuan tentang kerja yang dilakukan dan juga mampu memberi keyakinan terhadap seseorang apabila berkomunikasi.
 
OBJEKTIF LAPORAN INDUSTRI
 
Latihan industri adalah wajib bagi semua pelajar di Politeknik. Pelajar yang terlibat dalam latihan industri ialah pelajar diploma semester 4 dan bagi pelajar sijil semester 3. Disamping itu, pelajar yang melalui latihan industri perlu menyediakan laporan mengenai latihan industri yang dijalankan sepanjang semester. laporan ini mengenai catatan latihan teknikal yang dilakukan oleh pelajar, latar belakang syarikat, kepentingan latihan industri, dan sebagainya. Disini saya ingin menjelaskan beberapa objektif laporan latihan industri:-
 
 
Dapat merekod atau mencatat tugasan yang dilakukan ketika latihan teknikal dilakukan.
Menjelaskan setiap langkah dengan lebih terperinci 
Buku Laporan Harian Latihan Industri adalah bertujuan untuk membantu pelajar untuk menerangkan aktiviti yang dilakukan sepanjang hari.
Selain itu,refleksi mingguan adalah sebagai ringkasan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu oleh pelajar.Tujuan refleksi mingguan ini adalah untuk memudahkan pegawai organisasi menilai setiap latihan yang dilakukan oleh pelajar.Refleksi mingguan ini mestilah dihantar pada setiap minggu kepada pegawai organisasi untuk disemak dan dicop.
Laporan latihan industri ini juga dapat membantu pensyarah untuk menilai dan memberikan markah kepada pelajar selepas menjalani latihan industri.
Dapat dijadikan bahan rujukan kepada pelajar selepas menjalani latihan industri supaya ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Dapat mempraktikan ilmu dan latihan yang dipelajari dari semester satu hingga tiga.
 
KEPENTINGAN LAPORAN INDUSTRI
 
Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang  pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung, ia dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa situasi di alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika pembelajaran.

          Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada.Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.

Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat besar.Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ketahap yang lebih tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.
 


Sunday, November 18, 2018

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Salawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih.

Alhamdulillah, saya Nor Syahirah Bt P ramlee mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan, rahmat dan hidayahNya membolehkan saya menamatkan program Latihan Industri, menyiapkan penulisan laporan ini.  Dalam menyiapkan laporan industri ini, saya perlu mencari maklumat maklumat, pengalaman, nasihat, tunjuk ajar daripada mereka yang sudi membantu saya secara langsung dan secara tidak langsung.  Dengan bantuan yang saya peroleh, dapatlah saya menyiapkan laporan ini dengan sebaik mungkin mengikut kehendak pihak Politeknik bagi memenuhi salah satu syarat-syarat untuk mendapatkan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sepanjang penglibatan saya di dalam program Latihan Industri dan penghasilan laporan ini, saya telah mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan teknikal daripada pelbagai pihak.  Terima kasih diucapkan kepada Pengarah Luqsar Kreatif iaitu Mohd Heykal Mohd Hanifah yang banyak memberi tunjuk ajar dan tidak lupa juga kepada semua krew krew Luqsar Kreatif yang banyak memberi sokongan dalam menjalankan latihan industri ini.

Saya juga ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pensyarah - pensyarah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin , perlis yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program latihan industri  dan memberi panduan serta nasihat sepanjang berada di luar Politeknik supaya menjaga nama baik Politeknik dan diri sendiri.

Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga saya terutamanya kepada ayah dan ibu saya yang telah banyak memberi galakan dan dorongan.  Demikian juga kapada rakan-rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi pelbagai cabaran semasa mengikuti latihan industri ini.  Terutamanya rakan saya yang banyak memberi nasihat dan bantuan sepanjang saya menjalani latihan industri ini.

Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau secara tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh latihan industri, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih.  Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Insya-Allah, dengan segala pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang pengajian saya di Politeknik dan juga semasa menjalani latihan industri akan saya aplikasikan apabila tamat pengajian kelak.  Sebelum saya melabuhkan noktah terakhir, suka bagi diri saya memohon berbanyak-banyak kemaafan sekiranya ada sebarang kesilapan yang telah saya lakukan.

Akhir kata, segala kelemahan yang terdapat di dalam laporan saya ini adalah datang daripada diri saya sendiri sebagai hamba-Nya yang lemah serta yang baik dan berkualiti itu datangnya daripada petunjuk Allah SWT, Yang Maha Berkuasa keatas segalanya.   Sekian.Terima Kasih.

PENGENALAN

Latihan Industri adalah salah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Program Latihan Industri (LI) diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan. Kursus Latihan Industri memberi peluang kepada pelajar merasai pembelajaran di dunia pekerjaan sebenar supaya dapat mencapai kebolehpasaran yang tinggi.

Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi, prosedur, peraturan-peraturan serta perspektif dan etika profesional organisasi. Selain itu, kursus ini membina semangat dan sikap proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

Unit Perhubungan Latihan Industri Politeknik Mersing, Johor telah diberi tanggungjawab untuk menempatkan para pelajar yang akan menjalani latihan industri di jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat swasta yang sudi menempatkan para pelajar di tempat mereka. Oleh itu, para pelajar boleh mempraktikkan ilmu teori yang dipelajari untuk digunakan sebaik mungkin di alam pekerjaan yang sebenar sambil menimba pengalaman serta memperluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi.

Konklusinya, latihan industri ini banyak memberi pengalaman dan sedikit sebanyak dapat membuka minda pelajar agar dapat menilai sesuatu pekerjaan dari perspektif yang positif. Diharapkan pelajar membuat persediaan rapi dengan memantapkan ilmu akademik, memperbaiki kelemahan diri seperti cara berkomunikasi dan mewujudkan keyakinan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

LOKASI PENGGAMBARAN