Sunday, November 18, 2018

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Salawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih.

Alhamdulillah, saya Nor Syahirah Bt P ramlee mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan, rahmat dan hidayahNya membolehkan saya menamatkan program Latihan Industri, menyiapkan penulisan laporan ini.  Dalam menyiapkan laporan industri ini, saya perlu mencari maklumat maklumat, pengalaman, nasihat, tunjuk ajar daripada mereka yang sudi membantu saya secara langsung dan secara tidak langsung.  Dengan bantuan yang saya peroleh, dapatlah saya menyiapkan laporan ini dengan sebaik mungkin mengikut kehendak pihak Politeknik bagi memenuhi salah satu syarat-syarat untuk mendapatkan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sepanjang penglibatan saya di dalam program Latihan Industri dan penghasilan laporan ini, saya telah mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan teknikal daripada pelbagai pihak.  Terima kasih diucapkan kepada Pengarah Luqsar Kreatif iaitu Mohd Heykal Mohd Hanifah yang banyak memberi tunjuk ajar dan tidak lupa juga kepada semua krew krew Luqsar Kreatif yang banyak memberi sokongan dalam menjalankan latihan industri ini.

Saya juga ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pensyarah - pensyarah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin , perlis yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program latihan industri  dan memberi panduan serta nasihat sepanjang berada di luar Politeknik supaya menjaga nama baik Politeknik dan diri sendiri.

Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga saya terutamanya kepada ayah dan ibu saya yang telah banyak memberi galakan dan dorongan.  Demikian juga kapada rakan-rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi pelbagai cabaran semasa mengikuti latihan industri ini.  Terutamanya rakan saya yang banyak memberi nasihat dan bantuan sepanjang saya menjalani latihan industri ini.

Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau secara tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh latihan industri, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih.  Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Insya-Allah, dengan segala pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang pengajian saya di Politeknik dan juga semasa menjalani latihan industri akan saya aplikasikan apabila tamat pengajian kelak.  Sebelum saya melabuhkan noktah terakhir, suka bagi diri saya memohon berbanyak-banyak kemaafan sekiranya ada sebarang kesilapan yang telah saya lakukan.

Akhir kata, segala kelemahan yang terdapat di dalam laporan saya ini adalah datang daripada diri saya sendiri sebagai hamba-Nya yang lemah serta yang baik dan berkualiti itu datangnya daripada petunjuk Allah SWT, Yang Maha Berkuasa keatas segalanya.   Sekian.Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

LOKASI PENGGAMBARAN