OBJEKTIF
LATIHAN INDUSTRI
Adanya latihan industri di politeknik seluruh Malaysia maka
pelajar-pelajar kursus diploma dapat menjalani latihan industri di tempat yang
telah dipilih oleh mereka berkaitan dengan jurusan.Oleh itu, objektif latihan
industri ini adalah mahu memberi kesan kepada para pelajar dalam melaksanakan
tugas yang diberi dengan sebaik mungkin serta mahu melihat sejauh mana
seseorang pelajar itu mengaplikasikan perkara-perkara yang telah dipelajari di
dalam tugas yang diberikan.Secara amnya, objektif latihan industri boleh
disenaraikan seperti berikut.
i.
Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar.
Jika berada dalam situasi alam pekerjaan yang sebenar, ianya
adalah jauh berbeza dengan keadaan dunia pembelajaran kerana pelajar hanya
terlibat bersama rakan sekelas dan pensyarah-pensyarah sahaja tanpa melibatkan
kerjasama dengan orang luar. Oleh itu,para pelajar juga mungkin sebahagian
sahaja yang dapat dipraktikkan di alam pekerjaan.
Dalam menghadapi perubahan situasi, para pelajar perlulah
mempelajari bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan pekerjaan, ketepatan masa
untuk menghadirikan diri di tempat kerja setiap hari, kebolehan komunikasi
dengan baik di antara kakitangan, cara mendisiplinkan diri dan juga cara
menghadapi pelbagai masalah yang timbul di tempat kerja seperti masalah
berhadapan dengan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan syarikat.
ii. Mengaitkan teori, teknikal dan kemahiran dengan
aspek-aspek praktikal di tempat latihan industri.
Apabila pelajar berada di alam pekerjaan seperti menjalani
latihan industri ini, maka segala pengetahuan teknikal, kemahiran dan
pengalaman dapat diperluaskan serta dapat menambah ilmu yang sedia ada dalam
diri pelajar. Di politeknik, para pelajar telah diajar lebih banyak kepada ilmu
teori yang boleh dihubungkaitkan dengan dunia pekerjaan apabila tamat
pengajian.
Justeru itu, objektif latihan ini diwujudkan adalah bagi
melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja yang berkualiti tinggi dan mampu
melakukan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Selain itu, pengetahuan
teknikal dan kemahiran juga dapat membantu seseorang dalam meningkatkan
produktif kerja serta dapat mempelajari cara menguruskan dan mengendalikan
sesuatu kerja dengan lebih baik.
iii. Menimba pengalaman
Pengalaman memainkan peranan yang sangat penting dalam
mencari pekerjaan sebenar kerana pada alat ini ramai siswazah yang menganggur
disebabkan tiada pengalam bekerja. Oleh itu, dengan wujudnya latihan industri
ini, serba sedikit dapat membantu dan mempunyai peluang yang cerah untuk memperolehi
pekerjaan.Selain itu, ianya dapat memberi seseorang persediaan yang rapi dalam
menempuh alam pekerjaan yang sebenar.
Namun begitu, pengalaman bukan sahaja meliputi tugas-tugas
yang dilakukan tetapi sebelum menjalani latihan industri lagi seperti proses-proses
mencari maklumat mengenai sesuatu organisasi yang bersesuaian, membuat
permohonan tempat, mencari bidang tugas yang berkaitan dengan pengajian yang di
ambil dan banyak lagi di mana kesemua proses tersebut telah mendatangkan
pelbagai pengalaman. Di mana prosedur tersebut dipelajari di politeknik untuk
memberi pendedahan kepada pelajar supaya mengetahui bagaimana bermula dan
berakhirnya proses mencari pekerjaan sama seperti menjalani latihan
industri.
iv. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dan disiplin
di dalam latihan industri.
Para pelajar yang menjalani latihan industri akan terikat
dengan pelbagai syarat atau peraturan-peraturan keselamatan di sektor swasta
mahupun sektor kerajaan yang ditawarkan menjadi pilihan pelajar sendiri.
Apabila pelajar menjalani latihan di tempat tertentu secara langsung pelajar
terikat dengan segala peraturan yang telah di tetapkan oleh sesebuah organisasi
dan menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengikut dan mematuhi segala yang telah
ditetapkan.Begitu juga dengan peraturan keselamatan mestilah di patuhi bagi
mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini terjadi di mana ianya boleh
menjejaskan reputasi organisasi. Contohnya pelajar didapati telah mendedahkan
maklumat sulit mengenai kedudukan sebenar organisasi kepada pihak luar yang
boleh menjejaskan imej sesebuah organisasi.
Oleh yang demikian, pelajar perlu mengikut dan mengingati
semua peraturan semasa menjalani latihan industri supaya tidak mengakibatkan
imej dan kedudukan organisasi yang ditempatkan tergugat hanya kerana kelalaian
dan kecuaian pelajar sendiri. Selain itu, ianya juga boleh menjejaskan hubungan
baik pihak organisasi dengan pihak politeknik sendiri.
v. Menilai kebolehan diri.
Apabila pelajar menjalani latihan industri ini secara
langsung ianya dapat membantu pelajar dalam membuat penilaian terhadap
kebolehan diri sendiri sama ada mampu menjalankan tugas-tugas yang diberikan
tanpa menimbulkan masalah serta kebolehan dalam menyelesaikan masalah itu tanpa
mendapatkan bantuan kakitangan lain.
Oleh itu, pelajar dapat mengetahui sejauh mana komitmen dan
kemajuan yang mampu ditunjukkan terhadap hasil atau mutu kerja yang
dilaksanakan kepada majikan khasnya serta kakitangan yang lain amnya bahawa
mereka mempunyai kebolehan menerima dan melaksanakan arahan oleh pihak yang
memberikan tunjuk ajar serta panduan kepada mereka.
vi. Amanah dan tanggungjawab.
Apabila proses menjalani latihan industri bermula, maka
secara tidak langsung pelajar tersebut telah memikul tanggungjawab dan amanah
yang berat dalam apa jua tugas yang diberikan kepada mereka. Segala amanah dan
tanggungjawab tersebut perlulah dilaksanakan dengan baik.Sekiranya tugas yang
diberikan perlu diselesaikan pada masa yang telah ditetapkan dan dikehendaki
segera, pelajar perlu melaksanakannya dengan penuh amanah dan menunjukkan
komitmen yang bersungguh-sungguh dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.
Objektif latihan ini dari segi amanah dan tanggungjawab
memainkan peranan penting untuk melancarkan perjalanan sesebuah organisasi
tersebut kerana jika tiada rasa amanah boleh menyebabkan penyelewengan berlaku
sama ada dari segi wang syarikat atau maklumat sulit organisasi. Begitu juga
dengan tanggungjawab pelajar, jika tiada sikap tersebut boleh menyebabkan
seseorang mengambil kesempatan untuk melakukan tugasan sambil lewa dan
mengambil sikap tidak acu terhadap masalah yang berlaku.
vii. Keyakinan berkomunikasi.
Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran di politeknik, para
pelajar hanya akan berkomunikasi dengan rakan-rakan, pensyarah-pensyarah dan
kakitangan yang ada hubungkait dengan politeknik sahaja tanpa melibatkan faktor
persekitaran luaran. Namun begitu, apabila menjalani latihan ini secara tidak
langsung mereka terdedah dengan situasi sosial yang berbeza iaitu kebolehan
berkomunikasi amat dititikberatkan kerana berkomunikasi adalah salah satu cara
untuk mengeratkan hubungan baik di antara kakitangan organisasi.
Selain itu, kebolehan berkomunikasi bukan sahaja perbualan harian tetapi
melibatkan keyakinan orang lain dalam melihat cara kita berkomunikasi dengan
baik contohnya pandangan mata apabila bertutur, pengetahuan tentang kerja yang
dilakukan dan juga mampu memberi keyakinan terhadap seseorang apabila
berkomunikasi.
OBJEKTIF LAPORAN INDUSTRI
Latihan industri adalah wajib bagi semua pelajar di
Politeknik. Pelajar yang terlibat dalam latihan industri ialah pelajar diploma
semester 4 dan bagi pelajar sijil semester 3. Disamping itu, pelajar yang
melalui latihan industri perlu menyediakan laporan mengenai latihan industri
yang dijalankan sepanjang semester. laporan ini mengenai catatan latihan
teknikal yang dilakukan oleh pelajar, latar belakang syarikat, kepentingan
latihan industri, dan sebagainya. Disini saya ingin menjelaskan beberapa
objektif laporan latihan industri:-
Dapat merekod atau mencatat tugasan yang dilakukan ketika
latihan teknikal dilakukan.
Menjelaskan setiap langkah dengan lebih terperinci
Buku Laporan Harian Latihan Industri adalah bertujuan untuk
membantu pelajar untuk menerangkan aktiviti yang dilakukan sepanjang hari.
Selain itu,refleksi mingguan adalah sebagai ringkasan
aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu oleh pelajar.Tujuan refleksi
mingguan ini adalah untuk memudahkan pegawai organisasi menilai setiap latihan
yang dilakukan oleh pelajar.Refleksi mingguan ini mestilah dihantar pada setiap
minggu kepada pegawai organisasi untuk disemak dan dicop.
Laporan latihan industri ini juga dapat membantu pensyarah
untuk menilai dan memberikan markah kepada pelajar selepas menjalani latihan
industri.
Dapat dijadikan bahan rujukan kepada pelajar selepas
menjalani latihan industri supaya ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan
sebaik-baiknya.
Dapat mempraktikan ilmu dan latihan yang dipelajari dari
semester satu hingga tiga.
KEPENTINGAN LAPORAN INDUSTRI
Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang
memberi peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses
pembelajaran yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat
dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat
gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri
seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan
pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan
pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang
terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.
Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa
gementar dan rasa janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar
yang bakal merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala
penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan
dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak
langsung, ia dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa situasi di alam
pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori
dan amali ketika pembelajaran.
Dari sudut lain
pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk memohon
jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana
secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu
pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada.Justeru itu,
tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah
tamat pengajian kelak.
Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan
ini adalah sangat besar.Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang
diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan
datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam
tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk
meningkatkan prestasi ketahap yang lebih tinggi serta menjadikan diri sebagai
seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.
No comments:
Post a Comment